"Ya Allah peliharalah anakku yang selama dia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik & tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah panjangkalah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN."

Tuesday, March 22, 2011

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage

Due date: 31 Mac 2011

Nak tag:
Anje
Ain
nak join??
Sila klik banner ye..

1 comments:

Lulu caldina said...

menang nanti, hadiah kongsi eh? *Wink..
Semoga berjaya..